BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 14, 2010

PART 1

Hai semua....kali ini saya ingin berkongsi beberapa kemahiran yang penting dan sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada kita dalam menuntut ilmu. Di bahagian pertama ini,saya terlebih dahulu berfokus kepada kemahiran membaca.
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;membaca pantas dan membaca kritis.
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula,fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih),mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan, menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca,menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Nantikan 'part 2' untuk kemahiran-kemahiran yang seterusnya...

Thursday, February 11, 2010

BaLiK KaMpUnG...Ooo...BaLiK KaMpUnG....

SALAM....kepada semua sahabat tercinta, hati-hati pulang ke kampung...
semoga kita semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing...
jagalah diri walau di mana jua kita berada...
cuti-cuti jugak ye...tapi jangan sampai lupa diri...
bertemu kembali di UPSI nanti...
bawa buah tangan sekali erk....hehe..
bye2

Wednesday, February 10, 2010

SAMT KKB...tetap dalam ingatanku


wah!kusyuk betul adik-adik dengar...
cepat dik...masa dah xde ni...
sempat lagi akak fasi posing ekk....

Pada 5,6 dan 7 Februari yang lalu, saya bersama-sama kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli telah mengadakan program evolusi diri 'cayok' di SAMT KKB. SAMT KKB adalah sebuah sekolah agama berasrama. Seronok sangat semasa berada di sana. saya dan ahli kumpulan bukan saja berpengalaman menjadi fasi, tapi kami juga berpeluang untuk rasa kehidupan jadi budak asrama. makan sama-sama mereka kat dewan makan, solat kat surau ramai-ramai, cuma tido jer tak tido kat dorm dengan budak-budak.sebab takut tak muat pulak nanti....hehe..Program ni betul-betul happening, mana taknye budak-budak kat SAMT KKB ni sangat teruja dengan kedatangan kami untuk buat program. Mereka memberi komitmen yang tinggi dalam setiap slot yang akak-akak dan abang fasi sediakan. Sampaikan dah habis slot pun budak-budak ni tanya lagi, xde aktiviti dah ke pasni?MasyaAllah...semangat betul adik-adik ni...walhal hari dah lewat malam pun..tak letih adik-adik ni ekk...
adik-adik kat SAMT KKB ni memang sporting habis...bertudung labuh bukan penghalang untuk mereka sama-sama terlibat dengan apa saja aktiviti yang kami sediakan..nyanyi boleh, berlakon boleh, senaman boleh...semua boleh...
SAMT KKB boleh!!!MALAYSIA boleh!!!
hope lepas ni saya berpeluang lagi untuk buat program kat sekolah-sekolah lain especially sekolah agama, kerana adik-adik kat sana sangat memerlukan dan mengalu-alukan kehadiran kita....buat adik-adik di SAMT KKB yang nak exam nanti, rajin-rajinlah belajar.guna peluang yang masih ada ni dengan sebaik-baiknya....
CAYOK!!!!!9'A'!!!!

Tuesday, February 9, 2010

anda STRESS???cuba ni...


1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus bercakap kepada diri kita sendiri. Bercakap kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan peribadi diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui percakapan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan percakapan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan releksasi. Sebaliknya, percakapan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.