BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 11, 2011

Rugi besar anak gagal jaga ibu bapa

“Satu kerugian besar bagi anak apabila mereka berpeluang menjaga ibu bapa tetapi tanggungjawab itu gagal dilaksanakan dengan sempurna,” kata Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiyah Hassan.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ibu tunggal anaknya selepas bercinta pelajar warga Iran, 25.

“Islam menyatakan si anak harus bercakap menggunakan bahasa paling baik ketika bertutur dengan ibu bapa, namun tindakan anak itu jelas menjadikannya anak derhaka.

“Jika masalah berpunca daripada ibu, si anak tiadahak melawan atau menghalau ibunya berikutan pengorbanan membesarkannya sejak kecil,” katanya.

0 comments: