BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

ubah DIRI sebelum ubah MASYARAKAT


RAMAI orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?
Pendek kata, semua kena berubahlah. Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita. Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Islam itu nasihat." Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata: "Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah", "pekerja keras kepalalah". Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah, jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.

Tuesday, March 16, 2010

JOM beramai-ramai ke Malam Puisi Riong di UPSI

myMetro | Malam Puisi Riong di UPSI

Friday, March 5, 2010

Tazkirah Remaja: 15 tanda kematian mulia


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut. Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
#Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

Thursday, March 4, 2010

manusia zaman sekarang....

myMetro | Bunuh bayi: Kelindan lori, isteri direman

cermin DIRI!!!


Kepada Semua......
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi

Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong

Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah

Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam bertelur sebiji,
riuh sekampung

Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur

Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri

Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!

Dan yang sentiasa bersikap sinis

menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!

PART 2


salam 1 Malaysia...sebelum ni,kita telah pun tahu mengenai kemahiran membaca..dan pada kali ni,saya ingin berkongsi pula info tentang kemahiran mendengar...selamat membaca dan mengamalkannye ye...

ANTARA masalah yang sering kali menimpa pelajar ialah rasa mengantuk dan tidak dapat memberi perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru.Ada pula yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan.Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif (active listening) yang tersenarai di bawah ini.

1. Kedudukan: Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian anda dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.

2. Maklum balas: Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.

3. Berinteraksi: Anda boleh memajukan soalan secara ikhlas tetapi bukan tujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.

Soalan-soalan tersebut biarlah berkaitan dengan topik perbincangan sama ada meminta penjelasan yang lebih kukuh atau memberi pendapat. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan.Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walau bagaimanapun anda tidak digalakkan mencelah ketika guru itu bercakap agar penyampaian guru tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh guru itu lengkap.

4. Catatan: Catatan bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.

Melalui catatan dengan tidak secara langsung anda sudah mempunyai hubungan atau pautan aliran komunikasi antara anda dan guru.Pautan ini mampu mengelakkan anda daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar.Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.

Sesungguhnya kaedah pendengaran secara aktif sepertimana yang dicadangkan mampu menguatkan lagi pemahaman anda terhadap topik yang dikemukakan.Pemahaman terhadap sesuatu topik pembelajaran menjadi penggerak ke arah peningkatan usaha.Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut.

#Jadilah seorang pendengar yang aktif ke arah penumpuan yang lebih efektif.

Sunday, February 14, 2010

PART 1

Hai semua....kali ini saya ingin berkongsi beberapa kemahiran yang penting dan sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada kita dalam menuntut ilmu. Di bahagian pertama ini,saya terlebih dahulu berfokus kepada kemahiran membaca.
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;membaca pantas dan membaca kritis.
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula,fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih),mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan, menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca,menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Nantikan 'part 2' untuk kemahiran-kemahiran yang seterusnya...

Thursday, February 11, 2010

BaLiK KaMpUnG...Ooo...BaLiK KaMpUnG....

SALAM....kepada semua sahabat tercinta, hati-hati pulang ke kampung...
semoga kita semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing...
jagalah diri walau di mana jua kita berada...
cuti-cuti jugak ye...tapi jangan sampai lupa diri...
bertemu kembali di UPSI nanti...
bawa buah tangan sekali erk....hehe..
bye2

Wednesday, February 10, 2010

SAMT KKB...tetap dalam ingatanku


wah!kusyuk betul adik-adik dengar...
cepat dik...masa dah xde ni...
sempat lagi akak fasi posing ekk....

Pada 5,6 dan 7 Februari yang lalu, saya bersama-sama kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli telah mengadakan program evolusi diri 'cayok' di SAMT KKB. SAMT KKB adalah sebuah sekolah agama berasrama. Seronok sangat semasa berada di sana. saya dan ahli kumpulan bukan saja berpengalaman menjadi fasi, tapi kami juga berpeluang untuk rasa kehidupan jadi budak asrama. makan sama-sama mereka kat dewan makan, solat kat surau ramai-ramai, cuma tido jer tak tido kat dorm dengan budak-budak.sebab takut tak muat pulak nanti....hehe..Program ni betul-betul happening, mana taknye budak-budak kat SAMT KKB ni sangat teruja dengan kedatangan kami untuk buat program. Mereka memberi komitmen yang tinggi dalam setiap slot yang akak-akak dan abang fasi sediakan. Sampaikan dah habis slot pun budak-budak ni tanya lagi, xde aktiviti dah ke pasni?MasyaAllah...semangat betul adik-adik ni...walhal hari dah lewat malam pun..tak letih adik-adik ni ekk...
adik-adik kat SAMT KKB ni memang sporting habis...bertudung labuh bukan penghalang untuk mereka sama-sama terlibat dengan apa saja aktiviti yang kami sediakan..nyanyi boleh, berlakon boleh, senaman boleh...semua boleh...
SAMT KKB boleh!!!MALAYSIA boleh!!!
hope lepas ni saya berpeluang lagi untuk buat program kat sekolah-sekolah lain especially sekolah agama, kerana adik-adik kat sana sangat memerlukan dan mengalu-alukan kehadiran kita....buat adik-adik di SAMT KKB yang nak exam nanti, rajin-rajinlah belajar.guna peluang yang masih ada ni dengan sebaik-baiknya....
CAYOK!!!!!9'A'!!!!

Tuesday, February 9, 2010

anda STRESS???cuba ni...


1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus bercakap kepada diri kita sendiri. Bercakap kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan peribadi diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui percakapan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan percakapan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimia tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan releksasi. Sebaliknya, percakapan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Sunday, January 10, 2010

....my 1st TRIAL....

Alhamdulillah n tahniah buat diri saya sendiri kerana berjaya menghasilkan sebuah blog, yang mana mungkin sebelum ini tidak pernah saya fikirkan untuk menghasilkannya.
Ini semua berkat sokongan dan dorongan daripada orang tersayang n pensyarah di UPSI..
Thanks for u all...
InsyaAllah, saya akan menggunakan blog ini sebaik-baiknya dengan mengisi input-input yang berguna untuk kita kongsikan bersama...
Saya juga mengalu-alukan komen serta pendapat yang membina daripada anda semua,
agar 'ours station' menjadi yang terbaik di antara yang terbaik

welcome to 'ours station'...

Hi semua...
selamat datang ke 'ours station', sebuah perhentian milik kita bersama...
perhentian yang bukan sahaja untuk kita memperoleh sedikit sebanyak input berguna, malah mungkin juga akan mententeramkan emosi & perasaan yang mungkin bergelodak ketika ini...'ours station' sedia berkongsi segala suka duka,asam garam @ pahit manis yang kita alami dalam melayari kehidupan di muka bumi ini...
ingatlah bahawa kita semua tidak keseorangan...
masih ada yang sudi menjadi teman dikala suka @ duka...
...Luahan lebih baik daripada pendaman...