BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 4, 2010

cermin DIRI!!!


Kepada Semua......
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi

Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong

Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah

Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam bertelur sebiji,
riuh sekampung

Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur

Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri

Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!

Dan yang sentiasa bersikap sinis

menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!

0 comments: